Keicarmania

Keicarmania

Dengan melihat kepada kebanjiran kenderaan kompak di Malaysia yang membawa kepada penubuhan Keicarmania pada tanggal 12hb. Disember 2006.

Selaras dengan slogan Keicarmania : Malaysian Compact Community, Keicarmania membuka peluang kepada semua warga Malaysia terutamanya pemilik kenderaan kompak untuk turut serta menggegarkan dunia permotoran tempatan amnya dan dunia modifikasi kompak khususnya tanpa mengambil kira agama, kaum, dan lapisan umur. Ianya bertujuan untuk membentuk pertalian persaudaraan serta keserasian budaya dan kaum masyarakat majmuk di Malaysia.


Pelbagai program dan aktiviti yang memberangsangkan selain forum diskusi di laman web seperti pertemuan silaturrahim sesama ahli @ TooT2 Session (TooT’s), Convoy Drive, Family Day, Futsal dan pelbagai lagi program dan aktiviti yang akan dirancang dari masa ke semasa

__________________________________________________________________________________________________________________________

 MAKSUD KEICARMANIA 

KEICAR
Kei-Car bermaksud kereta penumpang kecil keluaran negara Jepun atau dalam bahasa inggerisnya ‘Small Japanese Passenger Car’.

Kei-Car juga disebut K-Car atau keijidousha atau lebih dikenali di Malaysia sebagai kereta kompak, merupakan kereta penumpang bersaiz kecil seperti juga truck. Ianya khusus (hanya) dijual di negara Jepun kerana padanya ada terdapat keistimewaan pada bayaran cukai dan insurans yang dikenakan. Tiada ruangan tempat letak kereta yang dikhaskan pada kereta-kereta Kei-Car untuk meletak kereta. Kereta Kei-car boleh didapati dengan enjin berkuasa turbo (turbo charged), transmissi automatic, pacuan 4 roda juga terdapat yang mengunakan versi Hybrids.

MANIA
Diadaptasikan kepada kegilaan pemilik2 kenderaan bersaiz kompak ini untuk mereka bentuk hiasan dalaman dan luaran kenderaan mereka supaya tampak lebih menarik. Setiap satu kenderaan pasti ada perbezaannya mengikut cita rasa pemiliknya. Pengubahsuaian yang dilakukan akan melibatkan pengunaan warna, stiker, fabrik dalaman serta pengunaan ‘body-kit’ yang bersesuaian.

Sesuai dengan kebanjiran kenderaan kompak di pasaran, menjurus kepada pertambahan pemilik2 baru yang masih kurang pengetahuan tentang kenderaan mereka. Adanya KEICARMANIA ini akan dapat memberikan mereka tempat untuk berkongsi maklumat mengenai kenderaan milik mereka.

Perkataan ‘mania’ – merujuk kepada kamus :

1. Kamus Dwibahasa – Oxford Fajar mukasurat 243 – bermaksud kegilaan, kegilaan kepada sesuatu.

2. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia. Cetakan Ke-10 (1995) mukasurat 760 – bermaksud kegilaan, asyik.

 DEFINISI LOGO

1. BENTUK BULAT
Menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan ahli dengan menitikberatkan semangat bekerjasama dan berpasukan tanpa mengambilkira perbezaan agama, bangsa dan negeri dalam membangunkan modal insan melalui program-program kemasyarakatan bagi menghadapi dunia globalisasi.

2. BENTUK BERMATA
Menggambarkan sifat berhati-hati dalam meningkatkan pemantauan terhadap sebarang bentuk anasir dan ancaman yang boleh membawa kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak supaya dapat melahirkan ahli-ahli yang mampu menjadi tunjang utama ke arah pembentukan masyarakat madani yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

3. BENTUK TULISAN DI SEKELILING LOGO
Ditulis KEICARMANIA.COM dengan memperlihatkan bentuk sinaran matahari yang memancar, sebagai sumber tenaga utama dalam kehidupan manusia bagi mewujudkan sifat kreatif dan inovatif di kalangan ahli agar berupaya menjadi aset negara ke arah pembentukan barisan warga Malaysia yang berfikiran dan berbudaya tinggi.

4. BENTUK BINTANG MENGGANTIKAN HURUF ‘O’ DI KEICARMANIA.COM
5 bucu bintang membawa maksud 5 RUKUN NEGARA.

Rukun Negara
1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
5. Kesopanan dan Kesusilaan

Mempamerkan halatuju kelab dalam mengharungi arus pembangunan berteknologi tinggi tanpa mengenepikan teras utama yang menjadi komponen penting dalam kejayaan negara Malaysia di mata dunia.

WARNA

1. OREN
Memberi maksud sinergi atau tenaga bagi menjana pemikiran dan teknologi di kalangan ahli di dalam segala aspek dan bidang sejajar dengan seruan kerajaan untuk memajukan rakyat Malaysia dengan informasi, berpengetahuan luas, berilmu dan kepelbagaian kemahiran dalam merealisasikan masyarakat bermaklumat.

2. PUTIH
Membawa maksud kesucian dan kebersihan dalam segala perancangan, program serta aktiviti yang dilaksanakan agar bebas daripada segala gejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan najis dadah, masalah sosial serta sebarang bentuk altiviti yang tidak bermoral bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Wawasan 2020.

 TUJUAN DAN MATLAMAT

1. Mengalakan dan mengerat perpaduan di kalangan pemilik kenderaan kompak melalui aktiviti sukan, sosial dan kebajikan.

2. Menanam sikap tanggungjawab dikalangan ahli supaya berhati-hati di jalanraya bagi mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan pemandu kereta yang semakin bertambah setiap tahun.

3. Meningkatkan kesedaran dikalangan semua pemandu kenderaan kompak supaya mematuhi peraturan keselamatan jalanraya.

4. Memberi bimbingan kepada ahli-ahli mengenai keselamatan jalanraya dan kaedah memandu yang betul dan selamat.

5. Memberi khidmat nasihat dan tip-tip penjagaan kenderaan kompak agar dapat mengekalkan jangka hayat kenderaan dan selamat digunakan.

6. Mengalakan orang ramai menggunakan kenderaan buatan negara serta mengekalkan produk buatan negara dari terus ditelan oleh arus peredaran zaman.

Content for the tab Photo

Content for the tab Merchandize